Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

“Sudah sebulan lebih saya tak boleh berkomunikasi dengan anak saya.

“Saya pun tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini,” kata Fitria Elfina Maharip, isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40.

Dalam nada sebak, Fitria Elfina, 44, berkata, dia amat merindui dua anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun selepas didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.

Katanya, dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi satu surat yang ditinggalkan dalam kereta suaminya, 28 Februari lalu.

“Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.

“Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.

“Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

Fitria Elfina hadir ditemani peguamnya, Amir Syazwan Ahmad Fauzi bagi menjalani proses sulk kes tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.

Menurut Fitria Elfina, dia nekad memfailkan tuntutan hak penjagaan anak selepas terputus hubungan dengan mereka berdua sejak sebulan lalu.

“Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak.

“Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak, ini kali pertama kami berpisah,” katanya.

Sementara itu, Amir Syazwan berkata, proses sulk yang berlangsung hari ini, tidak berjaya apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

“Hari ini (berlangsung) proses sulk untuk kes hadanah hak penjagaan anak, malangnya sulk tidak berjaya.

“Kita akan terus ke sebutan semula kes tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung 9 Mei ini,” katanya enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebutan untuk pengesahan lafaz cerai pasangan itu dijangka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, jam 9 pagi esok.

Terdahulu, Safee yang memakai baju-T hitam, berpelitup muka dan hidung serta kaca mata hitam dilihat diiringi peguamnya, enggan melayan media apabila meninggalkan perkarangan mahkamah dengan tergesa-gesa.

Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 sebelum dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2 April 2012. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker