Ahli keluarga Ayah Pin kembali berkumpul, polis pantau rapat usaha hidupkan ‘Kerajaan Langit’

.

Belum ada petunjuk ajaran sesat Ayah Pin mahu dihidupkan semula di sebalik perkumpulan ahli keluarga dan saudara mara Ayah Pin, baru-baru ini, kata polis Terengganu.

Ketuanya, Mazli Mazlan, berkata menerusi tinjauan pihaknya di Kampung Batu 13, Hulu Besut baru-baru ini, didapati tiada aktiviti mencurigakan dijalankan 124 orang penduduk di perkampungan itu yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad.

“Secara kasarnya, kami masih tidak kesan apa-apa. Cuma baru-baru ini mereka ada berkumpul buat macam doa selamat, jadi mungkin bila berkumpul itu dikatakan nak hidupkan semula ajaran ini.

“Memang kami ada terima maklumat dan pemantauan berterusan sentiasa dibuat bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Tiada kompromi dan akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Kalau ada kesalahan maka kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada Bernama.

Mazli berkata, pihak polis telah merakam keterangan seorang wanita yang membuat laporan di Pahang mengatakan ajaran sesat itu cuba dihidupkan kembali, manakala pihaknya menimbang sama ada hendak merakam keterangan pemilik akaun Facebook ‘Imam Muda Kulan’ yang turut mendakwa perkara sama.

“Polis mengalu-alukan segala maklumat dan bukti daripada orang ramai berhubung perkara ini. Pada masa sama, diingatkan untuk tidak membuat kenyataan yang belum disahkan lagi dan tidak membesarkan isu ini yang masih dalam siasatan pihak berwajib,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker