Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
SEOUL – Pemain bola tampar Indonesia, Megawati Hangestri Pertiwi menerima pujian ramai kerana membantu mempopularkan liga bola tampar Korea Selatan, lapor saluran televisyen tvOnenews semalam.
Gadis yang turut dikenali sebagai Megatron, 24, itu buat pertama kalinya terpilih menyertai kelab Korea Selatan, Red Sparks selepas Persatuan Bola Tampar Korea Selatan (KOVO) mengubah peraturan permainan pada tahun ini dan membenarkan kemasukan lebih ramai pemain import.
Megatron yang memakai tudung dikatakan setanding dengan idolanya, Kim Yeon-koung.
Sementara itu, dalam akaun Youtube GS Caltex, anak perempuan Gyselle Silva yang bermain untuk pasukan K-Star dalam liga tersebut begitu tertarik dengan hijab dipakai oleh Megawati.
Baca Artikel Menarik
Detik manis Megatron yang bermain bersama pasukan Red Sparks sebelum terpilih menyertai Liga V itu kemudian menerima banyak komen positif netizen.
Ramai netizen mengagumi sikap Megatron yang ramah dan mudah bergaul dengan orang ramai tanpa mengira usia di Korea Selatan.
“Islam mengajarkan adab lebih tinggi. Setinggi mana pun ilmu kalau tidak punya adab, tidak ada manfaatnya. ‘Respect’ buat Megawati,” komen netizen.
Seorang lagi netizen menulis: “Kagum dengan Megawati, mudah bergaul dan sebaik itu.” K Online
Pemain bertudung gegar bola tampar Korea Selatan
Baca Artikel Menarik:
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sebelum jadi Datin tak seksi sangat
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan