Resepi Putu Kacang
Resepi Putu Kacang
Siapa suka makan putu kacang? Sedapkan. Mungkin di sebabkan proses pembuatan dan penghasilannya yang agak rumit dan renyah menyebabkan minat untuk membuat putu kacang, terutama bagi generasi muda hari ini berkurangan. Ramai yang tidak sanggup membuatnya, dan lebih rela membeli yang sudah siap tersedia.
Bahan-bahan untuk membuat putu kacang tidak banyak, cuma kacang hijau dan gula halus berserta sedikit air untuk direnjis.
PROSES MEMBUAT PUTU KACANG SECARA TRADISIONAL
1.Tampi kacang hijau, asingkan benda asing seperti batu. Kemudian basuh bersih kacang hijau dan sangai sehingga garing tapi jangan sampai hitam.
2.Selepas itu giling kacang hijau semasa masih panas dengan batu giling yang di bawahnya dilapik dengan guni bersih bagi menanggalkan kulit kacang hijau.
3.Kemudian tampi kacang hijau bagi membuang kulitnya. Proses ini memakan masa, setelah selesai kacang hijau akan di letakkan ke dalam lesung kaki.
4.Kerja menumbuk kacang hijau menggunakan lesung kaki ini tidak boleh dilakukan berseorangan. Sekurang-kurangnya perlu dilakukan berdua. Seorang menjaga lesung dan seorang lagi menumbuk kacang hijau.
5.Kacang yang telah ditumbuk akan dikaut dan diayak halus menjadi tepung. Baki kacang hijau yang masih kasar, akan ditumbuk lagi sehingga halus dan diayak lagi. Proses ini diulang sehingga habis. Gula halus juga akan ditumbuk menggunakan lesung yang sama.
6.Kemudian campurkan dua mangkuk tepung kacang hijau dengan satu mangkuk gula halus dan diuli sambil direnjis-renjis dengan air suam. Kerja menguli ini perlu dilakukan dengan teliti, supaya tepung dapat diuli dengan rata.
7.Sebaik-baiknya embunkan tepung yang diuli itu semalaman tetapi jika tidak mahu diembunkan, lebihkan air renjisan.
8.Tepung kacang hijau yang sudah digaul bersama gula dan dijemur itu, pastikan ia boleh dikepal dan ditekan menggunakan acuan kayu sehingga padat. Potong lebihan tepung menggunakan pisau dan sapu permukaan yang dipotong tadi dengan tepung kacang hijau yang tidak bercampur gula.
9.Pastikan tepung kacang hijau ditekan dengan padat , agar mudah dikeluarkan bila diketuk. Susun putu kacang ke dalam dulang sehingga penuh dan jemur di tengah terik matahari.
10.Putu kacang lebih cantik warnanya jika dijemur selama satu atau dua hari, bergantung pada cuaca. Jika cukup panas, sehari sudah memadai tetapi jika hari hujan, ia perlu dijemur selama dua hari. Walaupun putu kadang tidak perlu dimasak di dalam ketuhar, namun kuih putu kacang ini boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya. Utv
Jangan lupa buat kuih putu kacang ini untuk jamu tetamu Syawal nanti.
Resepi Putu Kacang
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan