Jangan salahkan pesilat lawan – Megat Zulkarnain
Punca kematian Allahyarham kerana sepak di kepala adalah tak tepat.
Jangan salahkan pesilat lawan – Megat Zulkarnain
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin meminta tiada pihak menyalahkan pesilat yang bertanding berhubung kematian pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin.
Wan Muhammad Haikal yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, selepas tidak sedarkan diri ketika pertandingan prapemilihan Sukan Malaysia (Sukma) di Seremban petang semalam.
Megat berkata, berdasarkan penelitian dan video yang dilihat kematian Wan Muhammad Haikal bukan berpunca daripada sepakan lawan.
Katanya, selepas pihak teknikal Pesaka meneliti rakaman video dan keterangan wasit dan juri yang mengadili pertandingan itu, apa yang dilaporkan oleh media sebelum ini adalah tidak tepat.
“Saya sudah meneliti rakaman video dan apa yang dilaporkan sebelum ini iaitu punca kematian Allahyarham kerana sepak di kepala adalah tak tepat.
“Kita boleh lihat dengan jelas dari rakaman itu pesilat lawan juga dalam keletihan dan Allahyarham dalam proses buat sepakan gunting.
“Ini ketentuan dari Allah dan meminta tiada sesiapa menyalahkan mana-mana pihak terutama pesilat yang bertanding,” katanya.
Dalam pada itu Megat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan Pesaka akan memberi bantuan kepada keluarga bagi urusan jenazah untuk di bawa balik ke Terengganu.
Terdahulu Wan Muhammad Haikal meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan selepas terkena tendangan pihak lawan.
Dia disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). HM
Jangan salahkan pesilat lawan – Megat Zulkarnain
Baca Artikel Menarik:
- Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
- Mokhzani digelar pemain piano ‘campak’
- Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
- Amir Jahari pelik jadi pemenang AJL38
- Aisha Retno kena ‘panic attack’ di pentas akhir AJL38
- Syarikat Mahadi tiada lesen pelaburan – Bukit Aman
- PAS pun nak tanding kerusi Bersatu
- Saya akan cabar di mahkamah – MP Gua Musang
- Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan
- Joe Flizzow ‘nakal’, Hannah dedahkan selalu ‘tegur’ sewaktu disekolah dahulu
- Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA
- Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah
- Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut
- Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
- Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai
Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira