Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
Pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan merayu kepada rakyat negara ini untuk menghentikan pemboikotan terhadap Starbucks Malaysia.
Vincent yang berada dalam senarai antara yang terkaya di Malaysia berkata, tindakan tersebut hanya merugikan rakyat.
“Saya rasa semua mereka yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia. Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat.
“Di kedai, 80-85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa,” katanya pada sidang media dari Tokyo hari ini seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.
Februari lalu media melaporkan, terkesan dengan boikot Starbucks di seluruh dunia, Berjaya Food Bhd (BFood) alami kerugian pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023.
Nilai kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BFood berkata, kerugian bersih terutamanya disebabkan oleh jualan lebih rendah dicatatkan dan kerugian sekali saja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.
Pendapatan kumpulan merosot 38 peratus kepada RM182.55 juta daripada RM295.32 juta sebelumnya,
Sementara itu Vincent berkata, keadaan nampaknya telah berubah kerana melihat sedikit peningkatan dalam jualan.
Beliau menjangkakan suku ketiga tahun kewangan 2024 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan.
“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,” tambahnya.
Vincent berada di Okinawa untuk majlis pecah tanah Four Seasons Resort & Private Residences.
Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika
Starbucks antara jenama yang menjadi sasaran utama selepas beberapa tindakan pemilik jenama francais itu di Amerika Syarikat dan Israel yang dilihat mengambil pendekatan mempertahankan pengeboman besar-besaran di Gaza.
Setakat ini lebih 30,000 penduduk Gaza yang kebanyakan adalah bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua terkorban dalam kempen pengeboman lebih 150 hari tanpa henti sejak 7 Oktober tahun lalu. MG
Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
Baca Artikel Menarik:
- Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Orang buta dengan gajah
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Paul Yong ada peluang merogol pembantu rumah dalam tempoh 30 minit – Hakim
- Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam
- Anak tiri Taib mahu letak TV di kubur arwah
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Khairuddin dilantik KP J-Kom
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal
- Hukum faraid tidak adil?
- Bahalol, suatu naskhah dahsyat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.