Tiga mata jadi buruan MSP Pahang
Tiga mata jadi buruan MSP Pahang

Kuantan: Walaupun sukar namun misi mencatat kemenangan tetap digalas pasukan MSP Pahang yang akan berhadapan MUTIARA-MSSPP-PSHA-PKS UNITEN pada saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) MHL-TNB 2026 di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang, esok.
Ketua jurulatih MSP Pahang, Mohamad Sabri Mohamad, berkata, diatas kertas lawan memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, namun tidak bermakna mereka tidak boleh tewas pada pelawat yang membariskan pemain muda.
Menurutnya, dia mengingatkan pada pemain supaya memberi tentangan bermula awal permainan hingga tamat perlawanan, corak permainan menyerang dan bertahan perlu terus digunakan sepanjang perlawanan yang dijangka sengit.
Katanya, kini semua pemain berada dalam keadaan bersedia untuk turun memberi tentangan yang terbaik dalam usaha meraih tiga mata penuh terhadap lawan yang pastinya tidak mudah memberi laluan pada pelawat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
“Semangat melawan perlu ada pada setiap pemain MSP Pahang sekiranya mereka ingin mencatat kemenangan di gelanggang lawan esok, lupakan seketika rekod dan pencapaian lawan yang memiliki beberapa pemain berpengalaman.
“Selain tidak terlalu banyak melakukan kesilapan, pemain juga tidak melepaskan setiap peluang terhidang dalam kawasan kotak penalti,” katanya, dihubungi di sini semalam.
Tiga mata jadi buruan MSP Pahang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.