Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

KLANG – Pertengkaran dua beradik dipercayai berkaitan isu meminjam wang berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dilanggar lari di Jalan Bandar Puteri di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, mangsa berusia 21 tahun ditemui terbaring dengan kesan calar besar di belakang badan.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan abangnya berusia 27 tahun yang menaiki sebuah van dalam perjalanan ke Banting, Kuala Langat dekat sini.

“Sepanjang perjalanan berlaku pertengkaran antara dua beradik itu sebelum mangsa meminta untuk diturunkan di lokasi kejadian.

“Mangsa keluar dari kenderaan dengan tidak berbaju. Pertengkaran itu berikutan mangsa hendak meminjam wang daripada abangnya kerana mempunyai masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, abang mangsa dikatakan berpatah balik kira-kira 20 minit kemudian bagi mengambil adiknya itu sebelum dia melihat orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring dengan kesan calar di bahagian belakang badan.



“Proses pengecaman mayat sudah dibuat oleh keluarga dan polis kini mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Klang Selatan, Inspektor Ana Vanessa di talian 018-2717165,” katanya. K Online

Adik maut selepas bertengkar pinjam wang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker