Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Sebaran :

Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau individu yang dikatakan bernikah dengan selebriti pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira.

“51 tahun hidup, pertama kali dapat soalan begitu,” kata Ahli Parlimen Tambun itu selepas diajukan soalan oleh Senator Datuk Razali Idris ketika sidang di Dewan Negara hari ini.

Razali melontarkan soalan itu untuk mendapat kepastian susulan tular di media sosial kononnya Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.

“Syabas kerana turun jawab soalan. Hari ini saya ada tiga (soalan). Dalam sehari dua ini di media sosial gegak gempita mengatakan Yang Berhormat Menteri Belia (dan Sukan) berkahwin dengan seorang artis popular tanah air,” soal Razali.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, bagaimanapun tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan.

“Ada kena mengena? Ini di luar skop. Itu hal peribadi beliau dan saya tidak benarkan beliau menjawab,” kata Rais.

Razali membalas persoalan yang diajukan itu ada kena mengena kerana membabitkan peribadi Ahmad Faizal sebagai menteri.

Faizal Azumu memberi respon terhadap soalan Razali meskipun Speaker melarang soalan dijawab.

“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itupun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.

Tular di media sosial sejak petang semalam kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Jawapan Ahmad Faizal itu sekali gus merungkai gosip berkenaan yang tular di media sosial. BH

Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang


Sebaran :

Leave a Reply