Penangan asam pedas, kenderaan masuk ke Melaka dijangka meningkat 137 peratus

Penangan asam pedas, kenderaan masuk ke Melaka dijangka meningkat 137 peratus

MELAKA: Kemasukan kenderaan ke negeri ini dijangka meningkat secara mendadak mencecah 45,000 buah pada hujung minggu ini, susulan kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, sebelum ini Melaka hanya menerima kira-kira 19,000 kemasukan setiap hari, sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.



Katanya, bagaimanapun jumlah itu dijangka meningkat secara mendadak iaitu menghampiri 137 peratus bermula Jumaat ini, melibatkan aktiviti balik kampung mahupun melancong.

“Kita jangkakan aliran trafik kenderaan masuk meningkat dengan mendadak pada hujung minggu ini selepas Perdana Menteri membenarkan aktiviti rentas negeri semalam.

“Sejak pagi tadi jumlah kenderaan yang masuk telah menunjukkan sedikit peningkatan dengan ada yang datang dari Putrajaya dan Johor semata-mata untuk menikmati sajian asam pedas dan kemudian balik semula ke negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas membuat pemantauan aliran trafik di Plaza Tol Ayer Keroh di sini hari ini.



Mengulas lanjut mengenai pemeriksaan vaksinasi yang telah ditetapkan sebagai syarat rentas negeri, beliau memberitahu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu akan dibuat secara berkala di pintu masuk di semua plaza tol negeri ini.

“Sekiranya kita dapati ada yang tidak cukup dua dos atau belum melepasi tempoh matang vaksin, tindakan kompaun akan dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Selain itu, kita telah menugaskan seramai 72 anggota polis pelancong untuk membuat pemeriksaan pematuhan SOP di lokasi-lokasi tumpuan termasuk di kawasan rumah inap desa berhampiran pantai,” tegasnya.



Tambahnya, pemeriksaan secara berkala akan melibatkan pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bahagian Siasatan Jenayah (CID) dan seluruh pasukan Unit Kereta Peronda (MPV). Utusan

Penangan asam pedas, kenderaan masuk ke Melaka dijangka meningkat 137 peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker