Peja nafi telah kahwin dengan Erra

Peja nafi telah kahwin dengan Erra

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau merupakan ahli politik yang dikaitkan dengan khabar angin telah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira.

“Saya confirmkan (sahkan) – tidak betul,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi pesanan di aplikasi WhatsApp.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin itu.

“Cerita ini dah keluar dari zaman saya menteri besar lagi,” katanya.

Nama Erra kembali tular selepas didakwa telah berkahwin dengan seorang ahli politik yang juga menteri.

Desas-desus tersebut dibangkitkan seorang pengguna yang mendakwa pelakon jelita itu kini bergelar isteri kedua menteri berkenaan.

Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum bercerai pada 2006.

Dia kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007. Mereka dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya, 12.

Erra beberapa tahun lalu juga pernah mengakui rapat dengan penyanyi, Shahir namun hubungan mereka berakhir pada 2019. Utusan

Peja nafi telah kahwin dengan Erra


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker