Resepi udang sambal hijau power

Sebaran :

Resepi udang sambal hijau power

Resepi udang masak sambal hijau ini memang sedap dan mudah disediakan. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan juadah yang lazat ini.

BAHAN

300 gm udang sederhana besar – bersihkan
3 tangkai kacang panjang
2 helai daun limau purut
60 ml santan
1 labu bawang besar – hiris bulat
Sedikit minyak masak
Garam dan gula

BAHAN KISAR

4 tangkai cili hijau
8 tangkai cili padi
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA

1.Udang yang telah dibersihkan, digoreng beberapa minit sahaja dan diangkat.
2.Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3.Kemudian masukkan santan dan kacau rata. bubuh daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
4.Apabila tumisan kelihatan sudah masak sempurna, masukkan udang.
5.Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan gaul rata. masukkan hirisan bawang besar dan boleh dihidangkan.

Resepi oleh Nazura Zainal Abidin

Resepi udang sambal hijau power


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang


Sebaran :

Leave a Reply