Pengikut Mawla Amin ‘diteropong’ Polis Melaka

Pengikut Mawla Amin ‘diteropong’ Polis Melaka

Melaka: Polis Kontinjen Melaka memantau aktiviti membabitkan individu dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani dan pengikutnya di negeri ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, pihaknya meneliti perkara itu khususnya laporan mendakwa kumpulan berkenaan mahu mewujudkan satu perkampungan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.



“Pihak polis kontinjen Melaka sedang memantau aktiviti yang dijalankan oleh mereka yang mahu berpindah madrasah dari Selangor ke Melaka.

“Sehingga kini perkara itu masih disiasat pihak Cawangan Khas. Untuk makluman, tidak ada laporan polis diterima di Melaka berhubung aktiviti kumpulan ini.

“Bagaimanapun polis akan menjalankan siasatan rapi terhadap kumpulan ini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aktiviti Mawla Amin yang dilaporkan secara ekslusif oleh akhbar Harian Metro sebelum ini.



Zainol berkata, dalam menjalankan siasatan berkaitan, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka.

Ditanya sama ada polis akan memanggil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikaitkan sudah menjual sebidang tanah seluas 11 hektar di negeri ini kepada kumpulan itu, beliau menegaskan perkara itu masih dalam siasatan.

Katanya, proses penjualan tanah tidak boleh dibuat serta-merta dan akan dirujuk dalam mesyuarat kerajaan negeri.

“Kita sekarang ni sedang dalam tindakan untuk mengenal pasti tempat terbabit,” katanya lagi. HM



Pengikut Mawla Amin ‘diteropong’ Polis Melaka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee



Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider



Pelukan Abby, Marissa undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker