Syarikat kicap didenda, kali kedua gagal panggil balik produk

Syarikat kicap didenda, kali kedua gagal panggil balik produk

Tawau: Syarikat pengeluar kicap, sos, perasa makanan dan pembungkusan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati melakukan kesalahan kali kedua atas pertuduhan gagal memanggil balik produk (Notice of Recall) Ogos lalu.

Majistret Don Stiwin Malanjum memutuskan hukuman itu selepas Syarikat Haribah Industries Sdn Bhd yang diwakili seorang ahli lembaga pengarah mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pada 29 Disember tahun lalu itu, syarikat berkenaan diperintah membayar denda RM5,500 selepas didapati gagal mematuhi arahan memanggil balik produk di bawah Akta Makanan 1983 seperti yang termaktub di dalam Seksyen 13C(1) Akta Makanan 1983.

Pada prosiding hari ini, syarikat pembekal yang beroperasi di Bandar Sri Indah didakwa dengan pertuduhan sama mengikut Seksyen 13C(1) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13C (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Jalan Apas dalam daerah Tawau antara jam 3.11 petang pada 14 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Tawau, Yusri Umasa, manakala tertuduh diwakili peguam Jhasseny P Kang memohon pertimbangan mahkamah agar hukuman denda minimum ke atas anak guamnya.

Katanya, dalam kes ini, syarikat anak guamnya cuba mematuhi arahan memanggil balik produk mereka dari pasaran namun sebahagiannya tidak dapat dicapai disebabkan masa yang singkat selain terdapat produk berada di luar jangkauan atau kawasan.

“Pengakuan bersalah tertuduh juga menjimatkan kos dan masa mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Mahkamah kemudian turut memerintahkan semua produk yang dirampas dilupuskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau. HM

Syarikat kicap didenda, kali kedua gagal panggil balik produk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker