Anggota tentera maut diseret 100 meter

Anggota tentera maut diseret 100 meter

SEORANG anggota tentera maut selepas terseret sejauh 100 meter dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira 11.14 malam tadi membabitkan sebuah lori jenis Isuzu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), motosikal Yamaha 125ZR dan kereta Nissan Almera.



Beliau berkata mangsa Mohamad Hafizz Yusof, 28, yang menunggang motosikal meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menurutnya siasatan awal mendapati seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 39 tahun memandu lori itu dari Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban, Pulau Pinang menuju ke Shah Alam, Selangor.

“Apabila tiba di KM 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, lori berkenaan telah mengalami kerosakan dan pemandu telah berhenti di lorong kecemasan.

“Bagaimanapun beberapa minit kemudian pemandu terbabit telah terdengar bunyi dentuman dari arah belakang kanan kerana telah dilanggar oleh mangsa Mohamad Hafizz,” katanya.



Mohd Hasni berkata ketika kejadian, pemandu kereta berusia 28 tahun yang memandu di lorong kanan tidak sempat mengelak Mohamad Hafizz yang tercampak di hadapannya, menyebabkan mangsa diseret sejauh 100 meter.

“Akibat daripada kemalangan ini Mohamad Hafizz telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Slim River untuk dibedah siasat,” katanya.

Mohd Hasni berkata dua pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Utv

Anggota tentera maut diseret 100 meter



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker