Anak mati dibunuh kekasih, Tamara diserang netizen

TAMARA terus berdepan kemarahan netizen dan disangka ada kaitan dengan kematian anaknya.

Anak mati dibunuh kekasih, Tamara diserang netizen

TAMARA terus berdepan berdepan kemarahan netizen dan disangka ada kaitan dengan kematian anaknya.
KES kematian anak pelakon Tamara Tyasmara masih menjadi perdebatan dalam dunia hiburan Indonesia. Banyak pihak mahu suspek iaitu kekasih Tamara dikenakan hukuman berat.

Tamara juga dipanggil polis untuk siasatan semula berhubung kematian Raden Adante Khalif Pramudityo atau Dante, 6, yang didakwa dibenamkan Yudha Arfhandi di dalam kolam renang pada 27 Januari lalu.

Ketika netizen menuduh pelakon berusia 29 tahun itu mempunyai kaitan dengan kematian anaknya, rata-rata mengambil peluang meluahkan kemarahan dengan menyerang Instagram pelakon filem Ketika Tuhan Jatuh Cinta itu.

Pelbagai perkataan kasar dilemparkan terhadap ibu tunggal anak satu itu termasuk mendoakannya berhadapan musibah paling teruk kerana merestui kekasih melemaskan anak sendiri.

Biarpun berulang kali polis menafikan Tamara sebagai suspek, ramai mendesak pihak berwajib meng­heretnya ke mahkamah.

Sementara itu, bekas suami Tamara, Angger Dimas yang masih berkabung meminta orang ramai bertenang selain tidak menyerang ibu kepada anaknya itu. K Online

Anak mati dibunuh kekasih, Tamara diserang netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker