3 beranak mati tergantung, polis sahkan suami tidak terlibat

3 beranak mati tergantung, polis sahkan suami tidak terlibat

SEREMBAN – Kematian seorang wanita bersama dua anaknya yang berusia enam dan tiga tahun yang ditemui tergantung di kipas di sebuah rumah di Lenggeng akibat berlaku mampatan pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, daripada laporan bedah siasat mendapati mangsa wanita yang berumur 34 tahun mengalami kecederaan ‘neck compression due to hanging’.



“Dua kanak-kanak perempuan pula mengalami ‘neck compression’,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, siasatan polis setakat ini mendapati, suami si mati yang juga juruteknik tidak terlibat secara langsung dengan kejadian tersebut.

“Tiada suspek lain juga terlibat, bagaimanapun siasatan lanjut akan terus dilakukan. Motif kejadian si mati yang merupakan suri rumah membunuh diri kerana masalah rumahtangga yang dialami,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Lenggeng, malam kelmarin.



Hasil siasatan awal mendapati si mati seorang wanita berumur 34 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga serta enam tahun dijumpai mati tergantung di kipas dan pihak polis turut menemui satu nota di tempat kejadian. K Online

3 beranak mati tergantung, polis sahkan suami tidak terlibat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker