Pemandu Honda diburu polis
Pemandu Honda diburu polis
SEGAMAT – Seorang suspek ‘road bully’ atau pembuli jalan raya kini ‘diburu’ pihak polis apabila memandu secara berbahaya di Jalan Genuang, Segamat pada 9 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek diburu selepas seorang lelaki yang juga mangsa berusia 40 tahun membuat laporan polis.
Jelasnya, berdasarkan laporan mangsa, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi ketika dia sedang memandu kereta dari Jalan Buloh Kasap ke Bandar Segamat.
“Ketika kejadian telah datang satu kereta Honda HRV warna putih brek mengejut tanpa sebab. Mangsa yang sedang memandu terpaksa menekan brek secara mengejut dan menyebabkan anak-anaknya jatuh di dalam kereta.
“Mangsa telah memarahi lelaki tersebut. Suspek telah mengeluarkan ‘stering lock’ dan mengacu ke arah mangsa, namun mangsa meneruskan perjalanan seperti biasa,”katanya
Ahmad Zamry berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506/279 Kanun Keseksaan dan mengesan suspek sedang dijalankan.
Terdahulu, beliau berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi satu minit 44 saat di media sosial Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan jenis honda HRV berwarna putih dipandu secara berbahaya (road bully).
Ujarnya, dalam video berkenaan, kenderaan tersebut didapati beberapa kali menghalang laluan serta menekan brek secara mengejut dengan niat provokasi terhadap pemandu kenderaan lain. K Online
Pemandu Honda diburu polis
Baca Artikel Menarik:
- Daim saman Azam Baki
- Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali
- PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’
- Aslam nak tambah satu lagi
- Bomoh minta kain kapan orang mati dibunuh untuk rawat penyakit
- Pemuda Umno minta DAP tak ulang isu sensitif, utamakan menyelesaikan masalah rakyat
- Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor
- ‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai
- MP Julau diserang samseng ‘wild west’
- Elly Arifin bengang ada yang berani kirim gambar alat sulit
- Hadi, Takiyuddin buat-buat tak faham
- Nak saya minta maaf, teruskan bermimpi – Dr Akmal
- Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie
- Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi
- Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin
Kedai coli ‘perangkap’ orang alim