Lafaz “Innalillahi wa Inna Ilaihi Rojiuun” dibolehkan untuk bukan Islam?
Lafaz “Innalillahi wa Inna Ilaihi Rojiuun” adakah dibolehkan untuk bukan Islam?
Baru-baru ini negara digemparkan dengan nahas pesawat ringan yang berlaku di Kapar sehingga mengorbankan dua orang mangsa. Ketika berita tersebut dipaparkan di media sosial, ramailah yang mengucapkan takziah, dan tidak kurang juga yang mengucapkan lafaz istirja’ (Innalillahi wa Inna Ilaihi Rojiuun)kepada kedua-dua mangsa tersebut yang sebenarnya bukan muslim. Lalu persoalannya adakah dibolehkan dalam Islam, lafaz istirja’ dibacakan kepada orang bukan Islam?
Menjawab tentang permasalahan ini menurut Mufti Wilayah di dalam al-Kafi li al-fatwa #1493 “hukum mengucapkan lafaz istirja’, maka pada dasarnya lafaz ini adalah bermaksud bahawa apabila Allah menguji hamba-hamba Nya yang beriman dengan beberapa ujian maka mereka akan beroleh pahala jika mereka bersabar dan mengucapkan lafaz ini sebagai bukti sabar dan syukur. Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 155 -156,
“Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”
Dalam sebuah hadis dari Ummu Salamah r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, “Inna lillahi wainna Ilaihi Rojiuun, Allahumma ajurni fii musiibati wa akhlif li khairan minha” (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah berilah kami pahala kerana musibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik” (HR Muslim)
Dari hadis ini jelas bahawa setiap orang mukmin digalakkan untuk menyebut lafaz istirja’ ketika ditimpa musibah sama ada musibah itu kecil atau besar. Imam Nawawi menyebut sunat melafazkannya kerana Rasulullah s.a.w. disuruh melafazkannya dan ayat al-Quran juga menunjukkan hal yang sama begitu juga ijma’ muslimin.
Imam Qurtubi pula menyatakan bahawa musibah ialah setiap perkara yang menimpa manusia dan menyakiti mereka. Lafaz ini bukan hanya disunatkan untuk dilafaz pada waktu berlakunya kematian namun ia umum pada setiap perkara atau kejadian yang menimpa manusia apatah lagi menyakiti mereka. Ini dikuatkan dengan sabda Baginda s.a.w.
“Dari Ikrimah r.a. bahawasanya pelita Rasulullah s.a.w. terpadam pada suatu malam, lantas Baginda mengucapkan “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Kemudian dikatakan kepadanya, “Adakah ini dianggap musibah wahai Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya! setiap yang menyakiti orang beriman maka ia dianggap musibah”
Lafaz untuk orang bukan Islam yang meninggal
Adapun secara dasarnya lafaz ini sendiri membawa maksud bahawa semua manusia adalah milik Allah. Menurut Imam Qurtubi kalimah “Inna lillahi” adalah tauhid dan pengakuan ubudiyah (status kita sebagai hamba) dan kekuasaan Allah.
Sedangkan kalimah “wa Inna Ilaihi Rojiuun” adalah pengakuan bahawa kita akan binasa dan akan dibangkitkan dari alam kubur serta keyakinan bahawa semua urusan kembali kepada Nya sebagaimana semua ini milik Nya.
Manakala Syeikh Ibn Baz pula mengatakan, jika orang kafir meninggal dunia maka tidak mengapa untuk kita mengucapkan lafaz istirja’ walaupun orang kafir tersebut bukanlah dari kerabat kita. Ini kerana setiap masusia akan kembali kepada Nya dan setiap manuisa adalah kepunyaan Nya.
Namun tidak boleh sesekali mendoakan mereka atau memohon keampunan bagi mereka selagi mana mereka tidak kembali ke jalan Allah. Perkara ini dikuatkan dengan firman Allah dalam surah at-Taubah: 113
“Tidaklah dibenarkan bagi nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”
Dari ayat ini jelas larangan dari Allah terhadap orang-orang yang beriman agar tidak mendoakan keampunan bagi orang-orang musyrik. Hal ini juga disebutkan oleh Imam Nawawi,
“Adapun solat ke atas orang kafir dan mendoakan mereka agar diampuni dosanya maka hukumnya haram berdasarkan nas al-Quran dan ijma’
Oleh itu jika seorang muslim meninggal dunia kita disunatkan untuk melafazkan lafaz istirja’. Dalam masa yang sama dibolehkan juga untuk melafazkannya jika ada orang kafir yang meninggal dunia atau pun haiwan ternakan kita yang mati.
Dan kita melafazkan lafaz istirja’ ini sebagai satu peringatan dan tafakkur terhadap diri akan kekuasaan Allah dan juga kepercayaan bahawa semua makhluk adalah milik Allah dan akan kembali kepada Nya apabila tiba saatnya. Wallahu a’lam Utv
Lafaz “Innalillahi wa Inna Ilaihi Rojiuun” adakah dibolehkan untuk bukan Islam?
Baca Artikel Menarik:
- Daim saman Azam Baki
- Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali
- PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’
- Aslam nak tambah satu lagi
- Bomoh minta kain kapan orang mati dibunuh untuk rawat penyakit
- Pemuda Umno minta DAP tak ulang isu sensitif, utamakan menyelesaikan masalah rakyat
- Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor
- ‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai
- MP Julau diserang samseng ‘wild west’
- Elly Arifin bengang ada yang berani kirim gambar alat sulit
- Hadi, Takiyuddin buat-buat tak faham
- Nak saya minta maaf, teruskan bermimpi – Dr Akmal
- Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie
- Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi
- Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.