Kemungkaran isteri Nabi yang dilaknat Allah SWT
Kemungkaran isteri Nabi yang dilaknat Allah SWT
Dalam sirah para nabi, dikisahkan bahawa isteri-isteri nabi adalah di kalangan orang yang solehah. Namun begitu terdapat juga yang melakukan kemungkaran sehingga mereka dilaknat Allah dan termasuk dalam kalangan orang kuffar yang mendapat azab Allah dan tidak selamat dari seksa neraka.
Mereka adalah isteri kepada nabi Nuh a.s. dan juga isteri nabi Luth a.s. sebagaimana firman Allah dalam surah at-Tahrim: 10
“Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang yang kufur iaitu isteri Nuh dan isteri Luth. Keduanya berada di bawah (tanggungjawab) dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami, lalu keduanya berkhianat kepada (suami-suami) nya. Mereka (kedua suami itu) tidak dapat membantunya sedikit pun dari (seksaan) Allah dan dikatakan (kepada kedua isteri itu) “Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)”
Mereka berdua ini sepatutnya adalah insan yang paling bertuah kerana menjadi orang yang paling hampir dengan sosok yang dipilih sebagai manusia yang dimuliakan Allah dan dijamin syurga, apatah lagi nabi Nuh adalah Rasul Ulul Azmi. Namun mereka berdua tidak mampu menjadi mukmin yang bertakwa kerana memiliki hati yang keras untuk menerima pelajaran dan ajakan agar beriman kepada Allah. Malah mendustakan pula ajaran dari suami mereka sendiri.
Kemungkaran isteri nabi Nuh a.s.
Mengenali sosok tubuh istri nabi Nuh a.s. dia bernama Waligah menurut pendapat Imam Ibnu Kathir. Namun ada juga riwayat lain menyebut namanya adalah Wailah, atau Wahilah. Majoriti ulama mufassirin mengatakan bahawa dia termasuk dalam golongan kafir.
Dia membenci kegiatan dakwah nabi Nuh a.s. kerana nabi Nuh a.s. berdakwah selama 950 tahun tanpa lelah dan mengharapkan sebarang balasan kecuali dari Allah semata-mata. Dia tidak meminta harta benda sebagai upah atas usaha dakwahnya. Ini disebut dalam surah Hud: 29
“Wahai kaumku! Aku tidak meminta kepadamu harta (sedikit pun sebagai imbalan) atas seruanku. Imbalanku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya (di akhirat), tetapi aku memandangmu sebagai kaum yang bodoh”
Menelusuri perjalanan dakwah nabi Nuh a.s., keadaan ekonomi yang tidak stabil dan cara hidup nabi Nuh a.s. yang jauh dari kemewahan dengan hidup secara sederhana inilah memicu hati Waligah untuk membenci dan berlaku khianat kepada nabi Nuh a.s. Malah Waligah juga berhasil mempengaruhi dan mendidik salah seorang anaknya yang bernama Kan’an untuk turut derhaka kepada ayahnya.
Kemuncak pengkhianatannya apabila dia bersikap derhaka dengan menolak ajakan nabi Nuh a.s. untuk bersama-sama naik di atas kapal bersama orang beriman menyelamatkan diri dari bencana banjir besar malah lebih rela pula bersama-sama orang kafir sehingga mereka akhirnya tenggelam ditelan badai banjir besar.
Kemungkaran isteri nabi Luth a.s.
Sementara itu isteri nabi Luth a.s. yang bernama Walihah menurut Imam Ibnu Kathir telah melakukan khianat kepada suaminya dengan membocorkan rahsia kehadiran tetamu mereka ke rumah kepada penduduk Sodom yang terkenal dengan mengamalkan zina dan memuaskan nafsu mereka sesama sejenis. Firman Allah dalam surah al-A’raf: 81,
“Sesungguhnya kamu benar-benar mendatangi laki-laki untuk melampiaskan syahwat, bukan kepada perempuan, bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.”
Menurut Ibnu Kathir, satu ketika nabi Luth a.s. telah didatangi tiga orang tetamu yang sebenarnya adalah malaikat yang menyamar menyerupai manusia yang sangat tampan. Kehadiran tetamu itu ke rumah nabi Luth a.s. sangat dirahsiakan, hanya keluarga mereka sahaja yang mengetahuinya kerana Baginda a.s. takut jika diketahui oleh kaumnya menyebabkan mereka diganggu. Dan kerana itulah Baginda a.s. telah memberi amaran kepada isteri dan anak-anaknya agar dirahsiakan kehadiran tetamu tersebut.
Namun ternyata pesanan dan amaran Baginda a.s. tidak dihiraukan Walihah yang sengaja menyebarkan berita kehadiran tetamu mereka yang sangat tampan. Usai mendapat perkhabaran tersebut maka berbondong-bondonglah penduduk Sodom mendatangi rumah nabi Luth a.s. dan meminta Baginda menyerahkan kedua tetamu tersebut untuk melampiaskan nafsu mereka yang semakin bergelojak.
Keadaan itu menyebabkan apa yang ditakuti Baginda terjadi juga, lalu Baginda menyuruh tetamunya melarikan diri agar terselamat dari ancaman kaum Sodom. Akan tetapi tetamu tersebut berkata,
“Tenang sahaja wahai pesuruh Allah, kami adalah malaikat yang diutus Allah untuk mengabarkan azab kepada kaum Sodom. Ajaklah keluarga dan pengikutmu meninggalkan kampung ini dan janganlah menoleh ke belakang saat kamu semua melangkah”
Setelah mendengar perkhabaran itu maka nabi Luth a.s. mengumpulkan pengikutnya dan bersama ahli keluarganya bergerak meninggalkan kampung mereka. Akan tetapi sewaktu melangkah kaki meninggalkan kampung, isteri Baginda mengingkari pula arahan yang diberi dan menoleh ke belakang sehingga tertinggal demi menyaksikan kehancuran kaum Sodom.
Dek kerana kemungkarannya itulah dia turut sekali mendapat azab seperti kaumnya. Firman Allah surah al-A’raf: 83,
“Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya, dia (isterinya) termasuk orang yang tertinggal (dibinasakan)”
Begitulah azab dan laknat yang diterima oleh isteri nabi Nuh a.s. dan isteri nabi Luth a.s. Kedua kisah yang disebutkan dalam al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa menjadi isteri kepada nabi bukanlah jaminan masuk syurga. Wallahu a’lam Utv
Kemungkaran isteri Nabi yang dilaknat Allah SWT
Baca Artikel Menarik:
- Daim saman Azam Baki
- Tamatlah riwayat 6 jahanam Bersatu – Razali
- PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’
- Aslam nak tambah satu lagi
- Bomoh minta kain kapan orang mati dibunuh untuk rawat penyakit
- Pemuda Umno minta DAP tak ulang isu sensitif, utamakan menyelesaikan masalah rakyat
- Ketua bahagian Umno tak puas hati rombakan exco Johor
- ‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai
- MP Julau diserang samseng ‘wild west’
- Elly Arifin bengang ada yang berani kirim gambar alat sulit
- Hadi, Takiyuddin buat-buat tak faham
- Nak saya minta maaf, teruskan bermimpi – Dr Akmal
- Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie
- Kes Jana Wibawa Adam Radlan: Pendakwaan kemuka 47 saksi
- Ebit ajak tukar pasangan lakukan seks – Saksi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET