The Blues buru kebangkitan di Villa Park
The Blues buru kebangkitan di Villa Park

London: Liam Rosenior mengesahkan Cole Palmer dan Reece James berada dalam keadaan baik untuk diturunkan menentang Aston Villa pada Rabu, selain memberi perkembangan positif mengenai Marc Cucurella dan Estevao Willian.
The Blues akan bertandang ke Villa Park dalam usaha kembali mencatat kemenangan selepas tewas tipis kepada Arsenal pada Ahad lalu.
Palmer terjatuh dalam perlawanan itu sehingga menimbulkan kebimbangan beliau terpaksa dikeluarkan. Namun, Rosenior menjelaskan pemain antarabangsa England itu hanya menerima hentakan ringan dan bersedia untuk beraksi semula minggu ini.
“Cole menerima sedikit hentakan ketika menentang Arsenal, tetapi dia berada dalam keadaan baik. Dia menunjukkan perkembangan yang sangat baik dan anda boleh lihat bagaimana kami menguruskannya sejak kebelakangan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
“Dia bermain selama 83 minit dan keputusan mengeluarkannya bersama Enzo Fernandez adalah taktikal kerana kedua-duanya sudah menerima kad kuning. Saya mahu membawa masuk tenaga baharu menerusi Garnacho dan Liam Delap
“Jadi, Cole sedia untuk memulakan perlawanan pada Rabu dan Reece juga berada dalam keadaan baik,” kata ketua jurulatih itu.
Rosenior turut memaklumkan Cucurella semakin hampir untuk kembali beraksi, manakala Estevao juga hampir pulih sepenuhnya.
Romeo Lavia pula berkemungkinan bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama selepas tampil dari bangku simpanan dan mempamerkan aksi meyakinkan ketika menentang The Gunners.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
“Cucurella menunjukkan perkembangan yang baik dan kami berharap dapat menurunkannya, jika bukan pada Rabu, mungkin Sabtu menentang Wrexham.
“Ia penting memandangkan jadual padat yang bakal kami hadapi.
“Estevao sudah kembali menjalani latihan larian dan menunjukkan perkembangan positif. Jamie Gittens juga semakin pulih daripada kecederaan, walaupun masih memerlukan sedikit masa.
“Saya gembira melihat Romeo kembali beraksi selepas sekian lama. Dia kelihatan kuat ketika menentang Arsenal.
“Saya rasa dia hampir bersedia untuk diturunkan sebagai pemain utama. Kami menguruskan proses pemulihannya dengan pendekatan berbeza dan harap dia kekal cergas selepas ini,” katanya.
The Blues buru kebangkitan di Villa Park
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik
- Govt to ensure public financial management objectives result in better fiscal outcomes – MOF
- Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes
You must be logged in to post a comment.