‘The Cobra Head Sea Stack’ ikonik Bako runtuh akibat ombak besar

‘The Cobra Head Sea Stack’ ikonik Bako runtuh akibat ombak besar

Kuching: Batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako yang dikenali sebagai ‘The Cobra Head Sea Stack’ yang runtuh semalam berkemungkinan besar disebabkan oleh kejadian ombak besar.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini memaklumkan kejadian itu dilaporkan pertama kali oleh seorang pemandu taman negara terbabit pada 4 petang semalam.



Menurut SFC, kejadian ombak besar baru-baru ini adalah kemuncak yang menyebabkan kejadian runtuhan, susulan daripada hakisan yang berlaku sejak berjuta tahun lalu di pantai Sarawak.

“Tungul laut ini merupakan satu daripada khazanah geologi negara, yang terbentuk daripada batu pasir melalui proses hakisan selama berjuta tahun lalu.

“Pembentukan uniknya menarik perhatian ramai pengunjung, kejadian tanjung berbatu yang membentuk tunggul laut yang unik dan gerbang laut itu sentiasa memukau pelancong,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC Abang Arabi Abang Aimran dalam kenyataan sama melahirkan rasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita terbabit.



Beliau berkata, batu tunggul berkenaan bukan sahaja mempunyai keunikan keindahan alam semula jadi tersendiri, malah penting kepada industri pelancongan tempatan, khususnya bagi pengusaha-pengusaha bot di Taman Negara Bako.

“Khazanah alam ini kadang-kala boleh dipulihkan dan kadang-kala tidak boleh diganti. Satu set gerbang laut ikonik dan tunggul batu yang serupa di Victoria, Australia yang dikenali sebagai 12 Apostles, akhirnya turut menyaksikan keruntuhan kejadian alam itu.

“Kini hanya tinggal 8 tunggul berbanding 12 tunggul pada asalnya,” katanya. HM

‘The Cobra Head Sea Stack’ ikonik Bako runtuh akibat ombak besar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker