Tentera Zionis hantar tebusan arah penduduk berlindung, kemudian dibunuh

Tentera Zionis hantar tebusan arah penduduk berlindung, kemudian dibunuh

Lelaki ini menyampaikan arahan tentera Israel kepada penduduk Palestin yang berlindung di Hospital Nasser, selatan Gaza, namun selepas menyempurnakan misinya, dia ditembak tentera rejim itu.

Pengamal media, Yousef Alhelou berkata, orang awam itu diculik tentera Israel sebelum dihantar sebagai pengantara bagi memberitahu penduduk di Hospital Nasser berpindah segera dari kemudahan itu.



“Tentera pengganas membunuh orang awam Palestin yang dihantar ketika itu untuk memaklumkan penduduk yang berlindung di hospital Nasser supaya berpindah.

“Dia kemudiannya keluar sebelum seorang penembak tepat menembaknya mati dengan tiga peluru,” katanya di Instagram.

Seorang doktor, Dr Ahmed yang berada di Hospital Nasser memberitahu, kejadian semalam itu helah tentera Israel menggunakan tebusan itu sebagai perisai manusia.

“Apa yang berlaku hari ini memang perangkap. Mereka menghantar seorang tebusan dengan tangan diikat ke hospital memintanya memberitahu kami, supaya berpindah.



“Apabila orang ramai mula berpindah, tentera Israel melepaskan tembakan rambang.

“Tebusan terbabit juga ditembak ketika dia sampai di pintu pagar hospital selepas sempurnakan misinya,” katanya.

Seorang pengguna Instagram, Hodaaeo mengesahkan mangsa terbaharu rejim itu, Jamal Abou El Oula ialah sepupunya sendiri.

“Itu sepupu saya, semoga dia tenang. Apa lagi yang dunia perlu lihat? (Ini) Jenayah perang! Kami tidak akan lupa,” katanya.



Pembunuhan Jamal semalam, menaikkan lagi suhu kemarahan netizen seluruh dunia yang menuntut segera gencatan senjata.

Terdahulu tular video Jamal dikelilingi penduduk yang berlindung di Hospital Nasser dalam keadaan kedua-dua tangannya masih diikat.

Dia tampil dalam pakaian khas dipercayai bertujuan memudahkan tentera Israel mengenal pasti pergerakannya dalam bangunan kemudahan itu.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza merekodkan, angka korban serangan Israel terus meningkat kepada 28,473 manakala 68,146 mangsa lagi cedera. HM



Tentera Zionis hantar tebusan arah penduduk berlindung, kemudian dibunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker