Identiti juruterbang, pembantu pesawat terhempas dikenal pasti

Identiti juruterbang, pembantu pesawat terhempas dikenal pasti

Klang: Polis sudah mengenalpasti identiti juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar berkata, mengikut ‘manifest’ (senarai nama penumpang pesawat), mangsa yang terbabit adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42.



Katanya, mangsa yang difahamkan berasal dari Johor dan Pulau Pinang ditemui sekitar jam 2 petang di dalam kokpit.

Terdahulu, Hussein mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan terkorban, dalam nahas berkenaan.

Beliau dipetik berkata, mayat kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 30-an dan 40-an ditemui dalam kokpit pesawat yang terjunam lebih dua meter ke dalam tanah.

Katanya, polis menerima maklumat pada jam 1.45 tengah hari berhubung kejadian itu.



Menurutnya, mayat dijangka dapat dibawa keluar dalam tempoh tiga jam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker