Cinta Laura pilih Presiden Indonesia dari AS

PEMILU 2024

Cinta Laura pilih Presiden Indonesia dari AS

JAUH di New York, Amerika Syarikat (AS) tidak menghalang pelakon dan penyanyi terkenal, Cinta Laura Kiehl untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.

Model berdarah campuran Jerman-Indonesia itu mengakui enggan ketinggalan menjadi salah satu suara yang menentukan hala tuju pentadbiran negara tercinta.



Dia turut berkongsi momen itu dalam Instagram selain hadir ke pusat mengundi menggayakan baju lengan rona hitam, skirt jeans labuh serta rambut disanggul ringkas.

Dalam salah satu foto yang dimuat naik, Cinta Laura menunjukkan jarinya yang sudah dicelup dengan dakwat sebagai tanda sudah membuang undi.

“Mengundi di New York, ayuh Indonesia!” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Undi sempena Pemilu 2024 dilaksanakan lebih awal untuk warga negara Indonesia yang tinggal di luar negara, manakala tarikh pengundian sebenar berlangsung pada 14 Februari. K Online



Cinta Laura pilih Presiden Indonesia dari AS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker