Berangan Aqua Park di Kedah dibuka untuk Muslim sahaja

Berangan Aqua Park di Kedah dibuka untuk Muslim sahaja

Taman tema air mini, Berangan Aqua Park dibina berlandskapkan suasana desa di Kampung Permatang Berangan dan kira-kira 20 minit dari bandar Sungai Petani.

Baru-baru ini, taman tema air mini menjadi perhatian ramai apabila dilaporkan menetapkan syarat bahawa hanya pengunjung yang beragama Islam boleh masuk ke sini.



Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dan berasa polisi tersebut bersifat diskriminasi. Malah, segelintir netizen berasa hairan mengapa polisi itu diletakkan.

Susulan itu, Pengurus Berangan Aqua Park , Mohd Fikri Mohd Fadzil mengesahkan taman itu hanya menerima pengunjung beragama Islam kerana tempatnya yang kecil dan kebanyakan penduduk tempatan di kawasan Kuala Muda adalah beragama Islam.

Tambahnya, pihak syarikat meletakkan syarat masuk untuk Muslim sahaja adalah untuk menghalang pengunjung daripada memakai pakaian renang yang bertentangan dengan sentimen masyarakat setempat.

Ada netizen berkata sekiranya pakaian menjadi isu, pengurusan boleh sahaja mengenakan syarat pakaian mandi.



Walau bagaimanapun, taman tema air tersebut terbuka kepada semua pengunjung tanpa mengira bangsa dan agama di bawah tempahan berkumpulan kerana mudah untuk diuruskan.

Sekadar makluman, harga tiket ke Berangan Aqua Park ini hanyalah RM9 untuk dewasa dan kanak-kanak, manakala kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah, masuk percuma. Vc

Berangan Aqua Park di Kedah dibuka untuk Muslim sahaja

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker