Bekas setiausaha politik, ahli perniagaan dibebas dengan jaminan

Bekas setiausaha politik, ahli perniagaan dibebas dengan jaminan

Bekas setiausaha politik bekas menteri dan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan berhubung kes meminta serta menerima suapan sudah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Menurut sumber, mereka berusia 40-an itu sebelum ini ditahan pada 23 Januari lalu dan direman sehingga semalam bagi membantu siasatan.



“Bekas setiausaha politik bekas menteri dan ahli perniagaan terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan, semalam.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan dan akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini



Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan perkara berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan SPRM menyita beberapa kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik bekas menteri dan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri berkenaan.

Sitaan bagi bantu siasatan berhubung kes meminta serta menerima suapan daripada beberapa syarikat yang mendapat tender di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.

Antara kenderaan mewah itu adalah Rolls Royce Ghost V12 EWB, Mercedes-Benz G63 AMG Brabus, Range Rover Autobiography, Porsche Cayenne, Toyota Land Cruiser, Mini Cooper Works RHD, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz S400L. HM



Bekas setiausaha politik, ahli perniagaan dibebas dengan jaminan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker