Terbelah nampak peha, Bella mohon maaf

Terbelah nampak peha, Bella mohon maaf

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil mohon maaf selepas dikecam gara-gara berpakaian mencolok mata seperti yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.

Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata busana terbelah yang dikenakan sehingga menampakkan bahagian pehanya itu diberikan pereka fesyen ketika menjalani sesi fotografi.



“Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju berkenaan.

“Saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju ini untuk digayakan sesi fotografi,” katanya ditemui pada sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Bella berkata, dia terbuka menerima sebarang kritikan daripada orang ramai mengenai penampilannya.

Malah, isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu memberitahu suaminya juga memberi pandangan mengenai penampilan digayakan ketika tampil dalam mana-mana acara.



“Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa,” katanya.

Terdahulu, video Bella yang mengenakan busana rona hijau gelap sambil turun tangga sehingga menampakkan paha tular sehingga menerima kecaman ramai. BH

Terbelah nampak peha, Bella mohon maaf

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker