Pemimpin PKR Selangor bidas UMNO Selangor
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR Selangor menyifatkan tidak wajar Umno Selangor meminta semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), selepas mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Pakatan Harapan (PH).
Naib Ketua PKR Selangor, Juwairiya Zulkifli sebaliknya meminta Barisan Nasional (BN), rakan baharu mereka dalam kerajaan negeri, meneliti semula tuntutan itu.
Timbalan ketua Wanita PKR itu berkata, pemimpin PH dan BN negeri sudah membincangkan pembahagian jawatan ahli majlis PBT serta JPKK.
“Namun, perbincangan lanjut (pimpinan PH dan BN Selangor) perlu dilakukan semula susulan maklum balas pengerusi Umno negeri tersebut,” katanya kepada FMT.
Semalam, Umno Selangor memaklumkan mereka akan mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di negeri itu kepada PH.
Ketua Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin dilaporkan berkata, tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk”, tetapi bagi menafikan dakwaan parti itu tamak dan mendesak PH.
Bagaimanapun, katanya, Umno Selangor mahu semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan JPKK diserahkan kepada pihaknya.
Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyifatkan cadangan Megat Zulkarnain bersifat sebelah pihak dan belum muktamad kerana Menteri Besar, Amirudin Shari yang akan membuat keputusan.
“Apa pun lantikan yang akan dibuat, akan melalui proses perbincangan. Setiap parti berhak mencadangkan apa saja dan akhirnya diputuskan oleh menteri besar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa sekat rezeki kami? – Awie
- Najib boleh mohon dibebaskan atau DNAA Sept depan
- Sumbangan Asas Rahmah mula 22 Januari
- Pembantu rumah Elvina lari, curi duit, telefon bimbit
- Dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan – KPM
- Caj Haji berbeza kepada B40 dan M40
- Jual nasi bungkus murah pun kena marah
- Anwar nafi ‘kurung’ MP kerajaan
- Lelaki gila seks rakam aksi tiduri lebih 20 wanita, jual video lucahnya, ditahan
- Intan Najuwa nampak ‘berisi’, suami makin ‘slim’
- Mirzan Mahathir diarah isytihar harta
- Tun Musa Hitam alami kecederaan serius
- Darjah kebesaran Agus ditarik balik Sultan Kelantan
- Macam anak dan ayah jumpa lepas berpisah (Video)
- Lagi amanah luar pesisir berkaitan Daim bernilai ratusan juta didedahkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan