Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

“Kenapa lari? Apa yang takut sangat dengan aku, bukan nak buat apa pun. Habis kelam kabut lari naik atas.”

Demikian persoalan yang timbul di benak wartawan selepas melihat gelagat beberapa lelaki berperwatakan wanita atau mak nyah ketika membuat tinjauan di Lorong Haji Taib dekat Chow Kit di sini.



Awalnya kelihatan lebih lima mak nyah bersidai di kaki lima kedai berdekatan tangga menunggu pelanggan lelaki mata keranjang yang dahagakan perkhidmatan mereka.

Bermodalkan pakaian mencolok mata yang mendedahkan ‘aset’ mereka, lagaknya cuba menggoda sesiapa yang lalu di lorong gelap dengan hanya dilimpahi samar-samar lampu jalan.

Ketika kali pertama lalu di lorong itu, mereka cuba lari, namun sempat ditegur wartawan yang menyamar sebagai pelanggan.

Hasil perbualan ringkas dari celah jeriji besi, seorang daripada mereka menawarkan khidmat urutan dan layanan seks dengan kos upah hanya RM50.



“RM50 saja, urut dengan main. Nak urut saja, abang cari perempuan. Kami perempuan juga tapi kami buat semua,” jawab seorang daripada mereka disambut ketawa daripada mak nyah lain di atas tangga.

Lorong Haji Taib pernah popular dengan aktiviti pelacuran dan mak nyah yang begitu meriah pada era 1990-an sehingga menjadi satu lokasi yang gerun dilawati.

Dahulu, hampir setiap tangga rumah kedai di lorong ini ada mak nyah berlonggok dan menahan sesiapa saja lelaki yang lalu, menggoda untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Malah, ketika itu masyarakat di ibu kota tahu aktiviti di lorong itu sehinggakan ada yang sekadar datang menonton gelagat mereka yang tanpa segan silu menawarkan ‘perkhidmatan’.



Namun, selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dikatakan lorong itu bersih, ditambah dengan kewujudan Balai Polis Chow Kit menggantikan pondok polis kecil yang ada sejak sekian lama.

Memang benar Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dulu, namun aktiviti tidak bermoral itu masih ada dan terus menjadi nanah.

Pasar malam dan perkhidmatan urut tapak kaki yang mungkin menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung, sekadar menutup sebahagian kisah noda di Lorong Haji Taib tapi bukan sepenuhnya.

Tinjauan wartawan Harian Metro membuktikannya yang mana untuk menjadikan lorong ini benar-benar bersih dan terbuka kepada semua golongan, satu langkah konsisten perlu dilakukan untuk menamatkannya.



Malah, perbualan dengan seorang penduduk lama di situ mengesahkan meskipun mak nyah tidak seramai dulu, masih ada yang muncul setiap malam dan jumlah mereka semakin ramai menjelang tengah malam. HM

Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker