Bicara kes Sanusi digantung?

Bicara kes Sanusi digantung?

Persoalan sama ada perbicaraan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, di Mahkamah Sesyen Selayang diteruskan atau digantung akan terjawab dalam prosiding pada pagi ini.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berdepan tuduhan menghasut menerusi ceramah politik berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan baharu, Sanusi mengemukakan permohonan untuk memindahkan perbicaraan kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menteri Besar Kedah itu juga meminta diberi kebenaran penggantungan perbicaraan di Mahkamah Sesyen hingga permohonan pemindahan kes diputuskan Mahkamah Tinggi.

Permohonan mengikut Seksyen 417 (1) (a), (b) dan (e) Kanun Acara Jenayah (KAJ) itu atas alasan satu perbicaraan berpatutan dan saksama tidak dapat dijalankan di mana-mana mahkamah rendah daripada Mahkamah Tinggi.

Perkara terbabit dinyatakan menerusi notis usul difailkan firma guaman, Tetuan Hasshahari & Partners di Mahkamah Tinggi, Isnin lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen menetapkan selama 12 hari iaitu hari ini dan esok, selain 5, 8, 9, 12, 13, 15, 16, 19, 22, dan 23 Februari ini bagi perbicaraan kes Muhammad Sanusi.

Menteri Besar Kedah didakwa atas dua tuduhan kerana didapati menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, Gombak, jam 11 malam, 11 Julai 2023.

Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang membawa kepada denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. BH

Bicara kes Sanusi digantung?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker