Siasatan dakwaan gangguan seksual Agus selesai

Siasatan dakwaan gangguan seksual Agus selesai

Siasatan terhadap bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff berkait dakwaan melakukan gangguan seksual selesai, kata polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zin, berkata kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 18 Dis lalu.



“Buat masa ini kertas siasatan itu masih dalam kajian dan semakan Jabatan Peguam Negara,” katanya menurut Berita Harian.

Pada 14 Dis lalu, Agus dipanggil ke IPD Kajang untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Agus yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak, 21 Okt lalu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama atas kesalahan melanggar kesopanan.



Polis menjalankan siasatan selepas Wahab membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman 30 Nov lalu.

Sebelum itu, polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular perbualan lucah didakwa membabitkan Agus dan Wahab.

Dalam satu sidang media, Agus mendakwa video perbualan mengaitkannya itu palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab. FMT

Siasatan dakwaan gangguan seksual Agus selesai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario



Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker