Arwah Hamdan selalu pesan jangan tinggal solat – pengurus Senario

Arwah Hamdan selalu pesan jangan tinggal solat – pengurus Senario

JOHOR BAHRU: “Arwah Hamdan selalu berpesan, jangan sesekali tinggal solat.”

Demikian luahan hati Pengurus Senario, Nizam Othman yang sudah 26 tahun menguruskan kumpulan lawak nombor satu Malaysia, Senario sejak awal penubuhan pada 1996.



Nizam berkata, arwah Hamdan atau nama sebenarnya, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54 menghembuskan nafas pada hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.

“Arwah selalu berpesan kepada saya. Zam (Nizam) jaga diri, keluarga, jangan tinggal solat dan buat baik dengan semua orang.

“Arwah juga pesan maafkan semua orang, biar orang buat kita mungkin mereka hendak mengisi masa lapang. Ingat Zam (Nizam), Allah sentiasa ada, jangan kita mengata orang dan ada niat tak elok kepada orang tak baik.

“Ayat ini berulang kali dan tidak pernah lekang keluar dari bibir arwah sepanjang hayatnya dan setiap kali saya bertemu dengannya,” katanya sebak menceritakan kebaikan yang pernah dilakukan arwah Hamdan.



Menurut Nizam, ahli keluarga Senario umpama abang dan adiknya.

Katanya, sikap Hamdan yang sering mengambil berat terhadap setiap ahli kumpulan Senario termasuk dirinya menyebabkan mereka seperti ahli keluarga.

“Apabila anaknya memaklumkan oksigen arwah hanya tinggal 20 peratus pagi tadi, saya memang menetap di sebuah hotel di Johor Bahru sejak Isnin lalu terus bergegas ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Saya sempat menatap wajah arwah kali terakhir, hanya Allah sahaja tahu kebaikan apa yang pernah arwah lakukan sepanjang hayatnya,” katanya yang memaklumkan kali terakhir membuat penggambaran bersama filem Jaga-Jaga Senariounion yang juga filem ke-11 kumpulan itu.



Nizam memaklumkan, jenazah arwah Hamdan akan dibawa pulang ke Perak.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid Taman Perpaduan, Perak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Perak.

“Keluarga minta untuk kami segerakan urusan pengebumian arwah. Perjalanan dari Johor Bahru ke Perak mungkin ambil masa tujuh jam.

“Jika sampai malam, jenazah juga akan dikebumikan malam ini,” katanya.



Allahyarham Hamdan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.50 tengahari di HSA.

Jenazahnya kini dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSA untuk dimandikan dan dikafankan.

Turut mengiringi jenazah isterinya, Norhamalini Ahmed, 53, dan anaknya.

Terdahulu, Hamdan ditidurkan selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA, Johor Bahru akibat komplikasi buah pinggang pada pada 31 Disember lalu.



Kelmarin, Hamdan dilaporkan cuba menggerakkan jari dan matanya namun, masih berada dalam keadaan lemah.

Ahad lalu, Hamdan bersama anggota Senario sepatutnya menjayakan Program Wonderful Night with Senariounion yang juga program berhibur sambil beramal bertujuan mengumpul sumbangan untuk membantu golongan artis veteran tanah air.

Bagaimanapun, Hamdan tidak dapat menyertai kerana demam dan terjatuh sebelum dikejarkan ke HSA untuk rawatan lanjut. BH

Arwah Hamdan selalu pesan jangan tinggal solat – pengurus Senario



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker