Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara
PETALING JAYA: Dasar pengambilan sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu dirombak, kata seorang pakar pendidikan yang mencadangkan kemasukan ke institusi itu hanya terhad untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.
Anuar Ahmad berkata sistem sedia ada yang turut meliputi pelajar tingkatan 1 hingga 3 menyebabkan fokus melahirkan ramai graduan dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) tersasar.
Setiausaha kluster pendidikan dan pembangunan modal insan Majlis Profesor Negara itu berkata STEM penting untuk membentuk kumpulan sumber manusia mahir dalam bidang itu bagi pembangunan negara jangka panjang.
Anuar menjelaskan pembelajaran tingkatan 1 hingga 3 meliputi pelbagai kategori subjek ketika ini tidak menyokong hasrat penubuhan SBP dan MRSM yang bermatlamat melahirkan pelajar mahir aliran sains tulen antaranya fizik, kimia serta biologi.
“Kalau ambil pelajar tingkatan 1 hingga 3, bilangan masuk ke tingkatan 4 jadi kurang (terhad) kerana tempat telah diisi oleh mereka.
“Aliran sains bermula di tingkatan 4, jadi tumpu dua tahun untuk murid yang benar-benar ada potensi dan bakat dalam aliran sains,” katanya kepada FMT mengulas statistik terkini hanya 15.2% atau 62,250 daripada 415,000 pelajar tingkatan 3 memilih aliran sains ke tingkatan 4 bagi sesi 2023/2024.
“Jadi kena betulkan dasar supaya boleh lahir lebih ramai pelajar cemerlang dalam aliran sains tulen untuk sambung pengajian ke peringkat universiti dan kemudian menyumbang kembali kepada kemajuan negara menggunakan kepakaran yang ada,” tambahnya.
Untuk rekod, SBP dikendalikan Kementerian Pendidikan (KPM) manakala Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertanggungjawab bagi operasi MRSM.
Anuar turut mendakwa ketika ini berlaku masalah apabila ada pelajar SBP dan MRSM selepas tingkatan 3 tidak minat untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat seterusnya dalam aliran sains tulen sebaliknya sains gunaan.
“Bila ini berlaku mereka tak boleh masuk bidang perubatan, kejuruteraan dan beberapa bidang kritikal…sebab itu kita berdepan kekurangan lepasan yang masuk aliran sains tulen.
“Bimbang dalam jangka panjang kita berdepan kekurangan sumber manusia dalam bidang kritikal iaitu sains, ini tak baik untuk masa depan negara,” katanya.
Mengikut laman sesawang KPM, SBP berperanan membantu menjayakan Dasar Ekonomi Baharu yang memfokuskan keperluan tenaga kerja bidang sains serta teknologi.
MRSM yang ditubuhkan pada 1972 pula bertujuan menambah bilangan Bumiputera dalam sektor sama.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan
- Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM
- Ramai akan keluar dari JDT – TMJ
- Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan
- Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja
- Pemimpin UMNO kecam cadangan Ngeh
- Ngeh jangan main api – Asyraf
- ‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000
- Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’
- Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]
- JDT, Solari kini berpisah sudah
- Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi
- Aku dah tak peduli syaitan – Nonny Nadirah
- Patimah sedih Syamsul tak bersama keluarga bercuti
- Hadap banjir termenung pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas