Lebuhraya makin sesak, PLUS tiada kesungguhan untuk atasinya – MCA

Lebuhraya makin sesak, PLUS tiada kesungguhan untuk atasinya – MCA

Lorong di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) perlu ditambah bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering berlaku ketika musim perayaan dan waktu puncak.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, fakta menunjukkan PLUS Malaysia Berhad telah mengutip bayaran tol kira-kira RM36.39 bilion setakat 2015, berbanding kos pembinaan sebanyak RM5.9 bilion.



“Maka alangkah eloknya pendapatan yang diraih ini dikembalikan semula kepada pengguna dengan menambah lorong demi manfaat serta keselesaan rakyat.

“Isu penambahan lorong lebuh raya sememangnya adalah permintaan ramai rakyat yang patut diberikan perhatian oleh kerajaan dan disusuli dengan tindakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau memberitahu, berikutan kepadatan penduduk khususnya di ibu negara, ramai yang memilih untuk menetap di luar dan berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk bekerja setiap hari.

Choo Seong menambah, sudah tiba masanya kerajaan bertindak untuk mengatasi kesesakan yang semakin teruk di PLUS ekoran pertambahan kenderaan yang luar biasa.



“Perlu ditekankan bahawa masalah kesesakan di lebuh raya bukan sahaja berlaku ketika musim perayaan atau cuti peristiwa, malah ia sesak setiap hari semasa waktu puncak, terutamanya melibatkan kawasan ‘bottle neck’ selepas Slim River ke arah utara di mana lorong laluan lebuh raya berkurang menjadi dua,” jelasnya.

Beliau mengingatkan bahawa ada pihak yang pernah berjanji untuk menghapuskan tol menerusi pelbagai formula setelah mereka berkuasa, namun ia tidak dilaksanakan.

Malah, katanya, tidak kelihatan penambahbaikan yang serius dilakukan dari segi perkhidmatan dan kesungguhan dalam memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya.

“Pandangan umum merasakan, sepatutnya kita sebagai pengguna dapat menikmati perjalanan lancar tanpa kesesakan kerana telah membayar tol.



“Malangnya, ia tidak berlaku, malah menyebabkan pengguna mengalami stres atau tekanan setiap hari,” katanya. MG

Lebuhraya makin sesak, PLUS tiada kesungguhan untuk atasinya – MCA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker