Kenyataan Ngeh satu kekhilafan – Loke

Kenyataan Ngeh satu kekhilafan – Loke

Cadangan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham supaya seorang pakar perlembagaan bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa khas berkait undang-undang syariah adalah satu kekhilafan, akui Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Semalam, Ngeh yang juga penasihat DAP Perak mencadangkan supaya kerajaan melantik seorang pakar perlembagaan bukan Islam serta melibatkan Badan Peguam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.



Menurutnya, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Loke berkata beliau menyedari kenyataan dibuat Ngeh itu akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam.

“Ini tidak benar sama sekali. DAP menghormati kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI),” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai perkara itu kerana sebarang pindaan undang-undang melibatkan hak bukan Islam, perlu diperhalusi dan diputuskan oleh Jemaah Menteri.



“… dan seterusnya proses seperti biasa perlu dilaksanakan di Parlimen.”

Tegasnya, DAP komited terhadap prinsip menghormati antara satu sama lain.

“Keharmonian antara agama dan kaum merupakan tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Terdahulu, cadangan itu ditentang pemimpin Umno, antaranya Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pemimpin DAP itu “tidak berpijak di bumi nyata” dan cadangan berkenaan hanya mencetuskan polemik.



Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan daripada DAP pula menegaskan ahli jawatankuasa berkenaan sudah tentu akan membuat kajian secara objektif tanpa melangkau hak bukan Islam. FMT

Kenyataan Ngeh satu kekhilafan – Loke

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker