Daim yang disiasat kenapa Mahathir yang tersinggung?

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi tertanya-tanya sama ada terdapat sesuatu di sebalik kenyataan Dr Mahathir Mohamad baru-baru yang mencadangkan individu bergelar Tun disiasat.

“Apakah Tun M (Mahathir) menyindir SPRM kerana menyita menara Ilham milik Tun Daim (Daim Zainuddin)?

“Atau Tun M tersinggung?Atau tercabar seolah-olah selepas ini giliran beliau pula (disiasat)?” katanya dalam catatan Facebook.

Puad juga berkata walaupun tiada keperluan untuk menyiasat individu hanya kerana bergelar Tun semata-mata, kerana menurutnya apabila ada siasatan, tiada seorang pun yang harus dikecualikan.

“Semua orang mesti disiasat termasuk anak, menantu dan kawan rapat,” tambahnya.

Puad juga menyatakan bahawa semasa kali kedua Mahathir sebagai perdana menteri, tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap beberapa pemimpin Umno seperti bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas pengerusi Felda Shahril Samad.

Shahrir, yang dibebaskan atas kes pengubahan wang haram, kini menyaman bekas peguam negara Tommy Thomas, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya, SPRM dan kerajaan atas tuduhan pendakwaan yang berniat jahat.

Puad juga mendakwa bahawa ketika Mahathir menjadi perdana menteri, dia mengamalkan “dakwa dulu, cari bukti kemudian”.

“Tetapi eloklah SPRM guna dokumen tulen untuk cari bukti, buat siasatan rapi, jangan guna buruk sangka dan arahan dendam untuk mendakwa,” tambahnya.

Berikutan berita tentang Daim, yang juga seorang Tun dan rakan rapat Mahathir, sedang disiasat, Mahathir berkata bahawa “syak wasangka sahaja sudah memadai” untuk memulakan tindakan terhadap individu bergelar Tun.

“Saya bersetuju sepenuhnya bahawa Tun perlu disiasat. Jika mereka tidak dapat menjelaskan di mana atau bagaimana mereka mendapat wang itu, harta mereka harus disita.

“Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka juga perlu direman sehingga mereka mendedahkan sumber wang mereka.

“Jika mereka tidak berbuat demikian, ia pasti kerana mereka mahu menyembunyikannya,” katanya sinis.

Daim hari ini menyifatkan dia menjadi sasaran kempen politik dan mengecam Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker