MCA mahu hala tuju ekonomi negara menjelang 2024 diperjelas
Walaupun sudah lebih setahun memegang tampuk pemerintahan negara, Kerajaan Perpaduan dilihat tidak mempunyai hala tuju dan strategi yang jelas dalam menguruskan hal ekonomi negara.
Bertambah malang, banyak cukai baru yang akan diperkenalkan dan dilaksanakan pada saat tahun baru 2024 membuka tirainya.
Kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dinaikkan daripada 6 peratus kepada 8 peratus. Keadaan ini dijangka akan meningkatkan beban golongan M40 dan B40 dengan kos sara hidup yang kian tinggi, gaji yang tidak berubah atau tiada kenaikan yang ketara.
Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research), kadar inflasi keseluruhan diramalkan akan terus meningkat memandangkan subsidi bersasar bahan api yang dijadual akan dilaksanakan seawal Mei 2024.
Dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada tahun akan datang, kerajaan digesa untuk lebih bersikap “ambil peduli.”
Sepanjang setahun ini, kerajaan dilihat seolah-olah menangani masalah ekonomi seperti ‘knee-jerk reaction’.
Kerajaan tidak dapat menangani cabaran ekonomi seperti kenaikan harga barang keperluan akibat perang Rusia- Ukraine, dan kekurangan barangan asas seperti beras dan telur dalam pasaran.
Peningkatan semula kes Covid-19
Kerajaan juga gagal menangani krisis kejatuhan nilai mata wang dan penarikan pelabur asing daripada Bursa Malaysia. Semua keadaan ini telah menyebabkan keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi negara semakin terhakis.
Peningkatan semula kes Covid-19 juga memberi kesan serius kepada ekonomi negara di seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.
Walau bagaimanapun, ketika negara-negara di seluruh dunia bekerja keras untuk mencari hala tuju pemulihan ekonomi, sebaliknya yang berlaku di Malaysia.
Kita tidak dapat melakar kemajuan ekonomi, selain bergantung kepada pelbagai projek berskala besar yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Berbaki empat hari lagi kita akan menuju tahun baru. Menjelang tahun 2024 ini, rakyat Malaysia juga akan “menyambut” pelbagai cukai baru yang akan diperkenalkan antaranya cukai jualan 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari dan kenaikan kadar SST.
Bermula 1 Mac 2024, Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus.
Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) atau Cukai Barang Mewah sebanyak 5 hingga 10 peratus akan dilaksana bermula 1 Mei 2024 manakala sistem invois elektronik atau e-invois akan dilaksanakan mulai 1 Ogos 2024.
Lebih membebankan, bil elektrik bulanan isi rumah yang melebihi RM220 akan meningkat sebanyak RM12 kepada RM32 sebulan selepas kerajaan melakukan penyasaran semula subsidi.
Kerajaan juga akan melaksanakan subsidi bahan api bersasar. Harga barang juga dijangka akan terus melambung tinggi dan bebanan rakyat Malaysia pastinya akan terus meningkat.
Justeru, kerajaan perlu menggariskan hala tuju yang jelas dalam meningkatkan ekonomi negara, antaranya dengan menarik semula pelaburan asing secara aktif, menggalakkan transformasi ekonomi, menaik taraf industri, meningkatkan kecekapan dan melaksanakan ikrar pelaburan yang diperolehi oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa lawatan rasminya ke luar negara.
Ini termasuk komitmen pelaburan RM170 bilion daripada pelabur China, RM40.6 bilion dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), RM30 bilion dari Jepun dan lain-lain.
Hanya dengan ‘menunaikan’ janji-janji pelaburan ratusan bilion tersebut, barulah kita dapat mengembangkan kek ekonomi, seterusnya mencipta lebih banyak peluang dan kekayaan untuk rakyat, serta menarik kembali keyakinan pelabur asing, dalam usaha membangunkan ekonomi negara secara praktikal dan berpandangan jauh.
LAWRENCE LOW ialah naib presiden MCA merangkap pengerusi jawatankuasa hal ehwal ekonomi dan PKS parti itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ubat perangsang seks paling banyak dirampas
- Ular tedung selar ditemui dalam bilik warga emas
- ‘Suara kaset’ Mamat, Ezad memukau
- Amyza Aznan mohon doa untuk suami di ICU
- Kerana dengki pada projek HSR, negara rugi
- Datuk didakwa lakukan amang seksual fizikal terhadap cucu
- FBI dakwa serangan siber ke atas Malaysia bermotifkan wang dan politik
- Israel curi organ jenazah syuhada Gaza
- Husam saman Zamil dan 3 lagi
- 60 rumah di Kampung Tersang semua tenggelam
- ‘Superman’ terlentang di LPT kini diburu Polis Trafik
- Kahwin 4 untuk bina empayar kuasai tender kerajaan
- Warisan nafi terima dana sindiket dadah
- Mahathir cabar SPRM siasat semua yang bergelar Tun
- Arus deras Sungai Golok runtuhkan benteng projek PLSB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari