Seorang maut pokok tumbang di Ampang

Seorang maut pokok tumbang di Ampang

AMPANG – Seorang disahkan maut, manakala seorang penunggang motosikal cedera dalam kejadian pokok tumbang di Lembah Jaya Utara, di sini, hari ini.

Difahamkan, seorang lagi mangsa yang juga penunggang motosikal dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan ekoran nahas tersebut.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya mengesahkan terdapat kematian ekoran nahas itu.

“Seorang disahkan meninggal dunia dan kerja-kerja menyelamat dan siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan sebentar nanti berhubung kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada pukul 3.51 petang tadi.



Katanya, kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta jenis Avanza dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan, dua orang individu didapati cedera dalam kejadian ini,” katanya. K Online

Seorang maut pokok tumbang di Ampang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker