KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
Tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti dicadangkan DAP Wilayah Persekutuan, berikutan struktur pentadbiran sedia ada di Kuala Lumpur sudah mencukupi.
Pengerusi Veteran UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapha Yaakob berkata ini kerana sudah ada wakil rakyat dipilih dalam pilihan raya bagi mewakili semua kawasan Parlimen dalam Kuala Lumpur, malah ada juga Ahli Majlis PBT yang dilantik mewakili semua kaum untuk membantu Datuk Bandar melaksanakan pentadbiran di ibu negara.
“Jadi untuk apa perlukan pilihan raya (PBT) lagi… struktur sedia ada dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah cukup,” katanya melalui kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan DAP Wilayah Persekutuan supaya kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.
Cadangan itu dikemukakan susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.
Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai berkata, pengembalian semula pilihan raya PBT sebahagian usaha memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, Mustapha yang juga Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia berkata, cadangan DAP hanya akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili ahli yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP.
Sudah pastinya, katanya, jika pilihan raya PBT diadakan, maka wakil masyarakat Cina akan menang mudah di kawasan majoriti mereka.
“Sekiranya pilihan raya ini dibenarkan di Kuala Lumpur, maka nanti akan ada tuntutan pula untuk PBT di Pulau Pinang, Ipoh, Klang, Melaka, Johor Bahru dan lain-lainnya.
“Nampaknya DAP masih terbawa-bawa idealisme lamanya dengan desakan-desakan berbaur perkauman.
“Ini seperti juga apa disuarakan (Tan Sri) Lim Kit Siang mengenai pelantikan Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu,” katanya.
Mustapha berharap kepemimpinan baharu DAP dapat membendung cara berfikir Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang jelas memperlihatkan cubaan untuk ‘membakar’ dan menyemarakkan rasa benci serta perkauman antara parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Jangan sampai desakan seperti itu ditafsirkan sebagai mencabuli isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) yang boleh membawa padah,” katanya. BH
KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
Baca Artikel Menarik:
- Anak durjana didakwa bunuh ibu bapa
- Protes Yahudi di Amerika tuntut gencatan senjata di Gaza
- Jelmaan arwah Ashraf di majlis nikah BCL?
- Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang ke kampung
- Jemput ‘bakar’ saya – Rafizi cabar YB Viral debat di podcast
- Haram lelaki salam, peluk ‘maknyah’ jika ada rasa ‘stim’
- Ganggu Wahab secara seksual atas bot dan di hotel, Agus nafikan tuduhan
- Berkat doa Nabi Sulaiman menyelamatkan daripada dibaham harimau
- Zamil nafi gambar dengan wanita di bilik hotel
- Bila nak insaf Eddy
- FIFA ramal Arif Aiman ‘meletup’ di Qatar
- Jojo anak Malaysia
- Warisan-Umno kerjasama lawan GRS pada PRN Sabah
- PAS diminta bayar hutang pengasas pencetak Harakah yang sedang sakit di ICU
- Tentera Zionis alami kekalahan paling teruk sejak Oktober
Layari Laman Facebook MYKMU.NET