Penahanan penjenayah di Pangsapuri Idaman belum ada kaitan dengan pembunuhan Zayn Rayyan

PETALING JAYA: Tiga individu yang ditahan polis di Pangsapuri Idaman di Damansara Damai, tidak mempunyai kaitan dengan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, sebaliknya berkata ketiga-tiga mereka ditahan kerana penyalahgunaan dadah.

“Kebetulan ketika kami melakukan mass DNA screening itu, mereka positif dadah, jadi kita tahan bagi lakukan ujian air kencing untuk tindakan lanjut.



“Mereka tiada kaitan dengan siasatan ini,” katanya kepada FMT.

Ujian berkenaan dijalankan adalah sebahagian daripada ‘mass screening’ yang dijalankan membabitkan penduduk kawasan itu bagi menjejak pembunuh kanak-kanak berkenaan.

Ahad lalu, polis memaklumkan seramai 228 individu telah diambil ujian DNA membabitkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan.

Sementara itu, Hussein memaklumkan polis mengambil beberapa barangan untuk membantu siasatan selepas melakukan pemeriksaan rumah ke rumah kali kedua.



“Kita perlu analisa terlebih dahulu semua penemuan-penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya,” katanya.

Isnin lalu polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan ditemui di tubuh mangsa berusia enam tahun itu.

Hussein berkata, beliau tidak mahu proses siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada polis menumpukan pelaksanaan tugas berdasarkan fakta kes.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Dis dan ditemui meninggal dunia dalam anak sungai keesokannya, kira-kira 200m dari blok kediamannya di apartmen berkenaan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker