Hanya jawatan timbalan dan bukannya menteri penuh, ini komen M. Kulasegaran

Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran berkata dia tidak berasa kecil hati selepas dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Ketika era pentadbiran PH 2018, Kulasegaran memegang jawatan kabinet sebagai menteri sumber manusia.

“Keputusan (menjawat kedudukan) timbalan menteri adalah keputusan daripada parti saya. Saya sebagai orang parti sedia menuruti keputusan pucuk pimpinan parti.



“Bagi saya, menteri kabinet atau timbalan menteri tak banyak beza.

“Yang penting apa yang mampu buat dengan tugas dan jawatan yang dimandatkan kepada kita,”

Ahli parlimen Ipoh Barat itu berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikannya sebagai timbalan menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

Selain Kulasegaran, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad (gambar, bawah) yang juga bekas menteri pengajian tinggi ketika era pentadbiran PN dilantik sebagai timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.



Kulasegaran berkata keputusan menerima jawatan timbalan menteri bukan soal imbuhan atau jawatan.

“Selepas, kerajaan PH tumbang pada 2020, saya pernah ditawarkan menteri kabinet untuk menyertai PN. Saya menolak dan juga membuat laporan polis ketika itu.

“Jadi, ini bukan soal duit atau jawatan. Saya ini seorang peguam berpengalaman lebih 30 tahun.

“Parti percaya bahawa dengan pengalaman selaku peguam saya mampu memberi yang terbaik sebagai timbalan menteri (undang-undang dan reformasi institusi),” katanya.



Kata Kulasegaran lagi, dia boleh memberi input melibatkan pindaan akta Sosma dan undang-undang lain, khususnya berkait rapat dengan masyarakat India.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker