BrainGPT membaca gelombang otak membolehkan pesakit strok “bercakap”

BrainGPT membaca gelombang otak membolehkan pesakit strok “bercakap”

KECERDASAN buatan (AI) generatif menjadi teknologi perlu tahun ini dengan pelbagai perkhidmatan menyertakan ciri yang berasaskan chatbot seperti ChatGPT. Teknologi AI generatif kini diguna pakai pula untuk membolehkan pesakit strok atau yang mengalami sindrom terkunci di dalam tubuh (locked-in syndrome) untuk kembali ‘bercakap’.

AI BrainGPT dibangunkan oleh University of Technology Sydney dengan ia dilatih menggunakan data gelombang otak apabila teks dibaca oleh 29 sukarelawan. Pesakit dipakaikan topi dengan sensor EEG yang membolehkan otak mereka pula dibaca. BrainGPT akan mengubah bacaan gelombang otak ini kepada teks dan audio yang berkaitan dalam pangkalan data.



Dengan ini pesakit boleh kembali “bercakap” dengan ahli keluarga ataupun doktor walaupun sudah tidak lagi mampu bersuara seperti biasa. Sistem yang digunakan sebelum ini menggunakan kamera penjejak mata pesakit membenarkan pesakit menaip di skrin komputer.

BrainGPT mempunyai satu kelebihan berbanding sistem membaca gelombang otak yang dibangunkan sebelum ini kerana tidak memerlukan implan ditanam terus pada otak. Ogos yang lalu, kombinasi implan dan otak membolehkan seorang pesakit strok di California kembali bercakap selepas 18 tahun.

BrainGPT membaca gelombang otak membolehkan pesakit strok “bercakap”

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker