Tiga maut, kereta bertembung pacuan empat roda
Tiga individu maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan berhampiran Jejambat Bukit Padang, Jalan Lintas tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa maut adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Asmidah Junaidi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak serta anak saudara lelaki berumur lima bulan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).
Semua mangsa maut dilaporkan menaiki Proton Iswara bersama enam ahli keluarga lain yang mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, kereta Proton Iswara dinaiki sembilan individu termasuklah dua bayi kembar dan tiga kanak-kanak bergerak dari arah bertentangan.
“Manakala kereta pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun bergerak dari arah Penampang ke Kolombong. Kenderaan Toyota Hilux sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Proton Iswara berkenaan.
“Akibat rempuhan itu, wanita yang duduk di penumpang hadapan Proton Iswara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Zaidi menyatakan mangsa lain yang turut parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan HQE II untuk rawatan lanjut.
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu Toyota Hilux yang gagal mengawal kenderaan serta memandu secara merbahaya.
“Katanya, pemandu pacuan empat roda turut mengalami kecederaan di muka dan tangan. Siasatan lanjut masih
Mohd Zaidi berkata, polis juga sudah mengambil spesimen darah daripada pemandu Toyota Hilux untuk dianalisa kandungan alkohol oleh Jabatan Kimia.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’