Pemilik bina dapur di koridor flat

Kawasan koridor di hadapan rumah warga emas itu dipenuhi dengan pelbagai perkakas dapur. – Shin Min Daily News

Seorang pemilik rumah di Singapura menerima kecaman ramai selepas mengubah suai kawasan koridor di hadapan unit pangsapurinya menjadi dapur dengan meletakkan pelbagai perkakasan, lapor portal berita Asiaone hari ini.

Sebuah hantaran di Facebook tular minggu lalu selepas memuat naik rakaman memaparkan periuk elektrik, periuk dan kuali yang diletakkan di luar sebuah unit kediaman di Henderson Crescent.

Lelaki warga emas, yang merupakan pemilik rumah itu didakwa membenarkan penyewanya memasak di kawasan koridor.

Apabila wartawan akhbar Shin Min melawat kediaman itu pada Jumaat lalu, seorang pelajar berusia 22 tahun didapati sedang memasak di koridor tersebut.



Menurutnya, terdapat lima individu menyewa rumah tersebut dengan bayaran SGD$350 (RM1,219) setiap seorang, sebulan.

“Saya tinggal sebilik dengan dua rakan. Dua orang lagi berkongsi satu bilik. Pemilik rumah ada bilik sendiri di sini, namun jarang muncul,” katanya.

Tambah pelajar tersebut, penyewa rumah itu tidak memasak pada waktu siang sebaliknya hanya masak mi segera di koridor pada waktu malam.

Mengenai kes itu, Majlis Bandar Tanjing Pagar berkata: “Pihak majlis mengetahui kes ini kerana lelaki warga emas yang tinggal di unit itu mempunyai masalah menyimpan barang yang teruk.



“Sejak beberapa bulan lalu, kami berusaha mengurangkan barang di sepanjang koridor. Kami melakukan pembersihan sebanyak dua kali tahun ini tetapi kawasan itu terus dipenuhi dengan barang baharu,” jelasnya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker