Pembunuhan Zayn Rayyan, Ketua Polis Selangor mohon polis ‘diberi ruang’

PETALING JAYA: Polis meminta orang ramai tidak mengulas kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengingatkan kes masih dalam siasatan, dan meminta orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa mengesan suspek.

Beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa komen-komen di media sosial menimbulkan kegusaran orang ramai, dan mengganggu emosi keluarga Zayn.



“Polis Selangor mengesan beberapa komen atau hantaran di laman media sosial TikTok.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen yang berkaitan kes yang masih dalam siasatan jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata Zayn, 6, yang ditemukan tidak bernyawa berdekatan sebatang anak sungai di Damansara Damai dipercayai meninggal dunia di tempat lain.

Polis merumuskan mayat kanak-kanak autisme itu diletakkan di tempat ia ditemui, berdasarkan siasatan setakat ini. Berdasarkan bedah siasat pula, polis berkata Zayn kemungkinan sudah meninggal dunia selama 48 jam.



Polis percaya suspek tahu kawasan itu, memandangkan tempat di mana Zayn ditemui bukan laluan harian orang ramai.

Zayn dilaporkan hilang sejak Selasa dan ditemui pada 10 malam, Rabu.

Peristiwa ini dikelaskan semula sebagai kes bunuh susulan bedah siasat, dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker