Pelajar hilang di Cheras, polis giat lakukan pengesanan

Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam Khamis.

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam semalam

“Polis menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada 1.21 tengah hari Khamis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker