Zahid setuju perlu hapuskan ‘duri dalam daging’!

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui terdapat percubaan oleh pihak tertentu yang mendakwa membaiki parti itu dari dalam sejak ia kehilangan kuasa pada 2018.

Namun kata Zahid, usaha mereka gagal dan sebaliknya seperti tikus membaiki labu dan hanya menimbulkan masalah dalam parti.

Bercakap kepada pemberita, Zahid berkata terdapat kebenaran dalam kenyataan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, mengenai keadaan parti yang lemah dan keperluan untuk menghapuskan “duri dalam daging”.

“Kenyataan setiausaha agung Umno itu ada kebenarannya kerana sejak 2018 kita telah menyaksikan pelbagai watak dalaman yang telah menjalankan kerja-kerja membaiki labu seperti tikus membaiki labu,” katanya.

Asyraf sebelum ini dipetik dalam temu bual dengan Berita Harian sebagai berkata Umno yang kini dalam keadaan lemah sejak sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-15 lalu, akan melakukan proses pemulihan untuk mendapatkan semula kekuatannya.

Asyraf juga berkata proses itu akan berjaya dengan syarat ia mesti dijalankan tanpa sebarang konflik dalaman, dan oleh itu ia termasuk menyingkirkan mana-mana “pembuat masalah”.

Mengulas lanjut, Zahid berkata kepimpinan Umno sekarang telah menggandakan usaha untuk melibatkan ahli melalui latihan yang bertujuan untuk memupuk kerjasama yang lebih erat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker