Industri halal main peranan utama dalam PPN – Ismail
Industri halal main peranan utama dalam PPN – Ismail
Industri Halal Malaysia memainkan peranan utama dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana pemulihan industri itu amat penting kepada ketahanan keseluruhan ekonomi negara yang majoritinya beragama Islam, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menegaskan PPN yang terdiri daripada empat fasa progresif merupakan pelan dinamik yang akan dikemaskini dan diperbaharui sekiranya perlu berdasarkan kepada data terbaru dan bukti saintifik strategi dan pendekatan yang berjaya, dengan hasrat penyambungan semula aktiviti ekonomi sepenuhnya dicapai menjelang akhir tahun.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada acara Persidangan Perniagaan Halal Dunia 2021 (WHBC 2021) yang diadakan secara maya hari ini.
Ismail berkata sejak tahun lepas, negara telah berjuang untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan rakyat dan memastikan ekonomi terus berdaya tahan.
“Langkah sekatan pergerakan oleh negara telah menjejaskan operasi banyak perniagaan, mengganggu rantaian bekalan dan mengancam kelangsungan perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana yang mengakibatkan sejumlah besar kehilangan pekerjaan,” kata Ismail.
Bagaimanapun, beliau menyedari yang kemajuan Revolusi Perindustrian ke-4 (IR4.0) telah mengubah landskap perniagaan.
“Pembelajaran mesin, pengkomputeran awan dan internet pelbagai benda (IOT), termasuk blockchain dan teknologi kewangan (fintech) telah banyak mengubah cara kita menjalankan aktiviti perniagaan.”
“Ia menyediakan pemegang berkepentingan industri halal dengan banyak cara untuk meningkatkan kapasiti industri, memacu peningkatan produktiviti dan meningkatkan kecekapan,” tambahnya.
Dalam ucapannya, perdana menteri turut menyeru agar pemegang berkepentingan industri halal bekerjasama dan secara kolektif meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antarabangsa melalui platform global seperti Persidangan Perniagaan Halal Dunia.
“Peserta industri halal turut disaran untuk meningkatkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara perdagangan Islam lain menerusi mesyuarat pelbagai dan dua hala, misi perdagangan, Perjanjian Perdagangan Bebas bagi memenuhi permintaan pengguna Islam dan bukan Islam global.
“Saya ingin menekankan bahawa penggunaan standard piawaian Halal (Halal Standards) perlu dilihat sebagai usul atau proposisi nilai dan bukannya halangan perdagangan apabila meneroka dan mencuba sumber baharu pertumbuhan ekonomi dalam industri halal kerana ia berfungsi sebagai pemangkin pemulihan dalam ekonomi global selepas pandemik,” katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai WHBC 2021 yang diadakan hari ini, Ismail Sabri berkata persidangan itu memperlihatkan komitmen dan kepercayaan tegas semua pihak yang berkepentingan bahawa ekonomi halal harus terus berdaya tahan dan akan menjadi penyumbang kukuh kepada pemulihan ekonomi dunia.
Beliau menambah tema tahun ini iaitu “Halal – Pemangkin Pemulihan Ekonomi Sejagat” (Halal – The Catalyst for Universal Economic Recovery) juga amat bertepatan memandangkan industri halal boleh memainkan peranan penting dan bertindak sebagai pemangkin menerusi pelbagai proposisi nilai dalam pemulihan ekonomi global. FMT
Industri halal main peranan utama dalam PPN – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Najib buat laporan polis terhadap LHDN
- Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15
- 4 kereta termasuk Lamborghini terbabit kemalangan [VIDEO]
- Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh
- Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’
- Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN
- ‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan
- Nano spray, awas jangan terpedaya
- Basque Burnt Cheesecake Durian
- Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
- Belum 100 hari, Rina sudah gagal – Fuziah
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.