Ahmad Maslan kata tempoh matang PRU-15 sudah tiba

PONTIAN – Tidak timbul desakan berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu segera dilaksanakan kerana ia sudah sampai tempoh matang untuk diadakan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, tempoh matang sejak PRU14 iaitu empat tahun sudah berlalu dan kini memasuki tahun terakhir iaitu tahun kelima sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15.

“Bukan isu mempercepatkan PRU15, tetapi tempoh PRU diadakan sudah tiba. Itu yang perlu difahami.



Dari hari mengundi pada PRU14 iaitu pada 9 Mei 2018 hingga 9 Mei 2022 kini sudah masuk empat tahun.

“PRU15 tidak lebih daripada tempoh lima tahun selepas PRU14. Memang tempoh sedia ada sudah matang bagi PRU diadakan,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan kepada bakal jemaah haji di sini pada Jumaat.

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini dilapor mempersoalkan tindakan parti politik tertentu yang sering mendesak untuk mengadakan PRU15 dalam tempoh terdekat.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakobmemberi jaminan tidak akan melewatkan sedikit pun masa untuk mengadakan PRU15.



Justeru, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian meminta semua jentera parti menggunakan pengalaman berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Melaka dan Sabah sebelum ini untuk berdepan dengan PRU15.

“Kita beruntung kerana jentera parti telah dilatih secara praktikal dalam tiga PRN yang dilaksanakan sebelum ini.

“Mereka telah berdepan dengan realiti sebenar pilihan raya. Jadi tindakan bawa sebanyak mungkin jentera turun ke PRN sebelum ini adalah strategi ‘mujarab’,” katanya.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker